بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sekolah anak-anak Ciksaw pun ada anjurkan program ini dan minta anak-anak bawa buku cerita atau majalah atau keratan akhbar atau pamplet dan yang sewaktu dengannya, yang pasti bukan komik ya. Kena rampas pula nanti dengan cikgu. Huhuhu
Group whatsapp Ciksaw pun bersemangat sertai program ini. Ini antara buku-buku yang mereka kongsikan apa yang sedang mereka baca :
Semestinya Ciksaw pun tak nak ketinggalan juga, nak juga baca buku walaupun hanya 10 minit dan tak dapat sertai pada waktu yang dicadangkan sebab sedang sibuk menguruskan anak-anak. Sementara tunggu anak balik sekolah, dapatlah baca sikit buku ini yang Ciksaw pinjam dari perpustakaan :
Bagi Ciksaw, tak dapat sertai masa yang dicadangkan, dapat sertai diwaktu lain pun jadilah daripada tak membaca langsung. Kan?
Yang paling terbaik dapat konsisten membaca walaupun hanya dapat 10 minit saja setiap hari. Kalau Ciksaw, bila dapat saja buka buku lagi-lagi yang menarik, tak cukup 10 minit tu.
Zaman remaja muda belia dulu, sanggup baca novel tak tidur satu malam sebab nak habiskan. Bila esok pagi, kepala mula ting tong dan mata pun jadi mata panda. Hahaha
Tapi selalunya Ciksaw buat macam tu Jumaat malam atau Sabtu malam saja. Hari lain tak berani sebab takut tak pergi sekolah atau kelas pula nanti. Kalau ke kelas pun, mula rasa blur saja apa yang di ajar. Huhuhu
Bila dah mula menjejak remaja purba sekarang, lebih kepada suka baca buku personal growth atau self care. Kadang teringin juga nak baca novel, tapi mengelat sebab terus ke muka surat belakang, jump to conclusion sebab tak sabar nak tahu pengakhiran. Hahahaha. Kalian ada yang geng dengan Ciksaw dalam hal ini?
Alhamdulillah, passion membaca masih ada dalam diri Ciksaw sebab keluarga Ciksaw ada sejarah penyakit nyanyuk. Jadi, sebolehnya Ciksaw usahakan nak elakkan daripada berlaku pada diri Ciksaw sendiri. Salah satunya dengan membaca dapat mengurangkan risiko menghidapinya.
Anak-anak pun Ciksaw ajak membaca dengan ajak mereka ke Perpustakaan yang berdekatan dan suruh mereka pilih sendiri buku pilihan mereka. Alhamdulillah, penerimaan mereka baik sangat terutama anak soleh Ciksaw sebab Perpustakaan tu menarik, ada banyak buku kanak-kanak dan ada juga permainan.
Selain dapat pilih buku yang anak-anak nak, mereka juga boleh main sekejap dekat Perpustakaan tersebut, dengan syarat volume suara tidaklah tinggi macam main dekat rumah. Hehehe. Faham sajalah ya bila seronok sangat tu.
Salah satu azam Ciksaw tahun 2024 ini adalah buat book journal. Sebelum ini baca macam angin lalu saja, masuk dan keluar, tak ada buat nota langsung terutama buku perpustakaan. Kalau buku sendiri, boleh juga conteng-conteng atau buat anotation. Buku perpustakaan mana boleh. Lagi-lagi Ciksaw ini suka sangat pinjam buku Perpustakaan. Rasa ruginya lupa ilmu-ilmu yang tak ditulis.
Sebab Ciksaw pernah terbaca satu Quotes yang menyatakan,
Ikatlah ilmu dengan menulis.
Bila difikirkan, betul juga kan. Kalau kita tak menulis, macam mana ilmu tu kita nak sampaikan pada yang lain, nak diwariskan pada generasi yang lain sepertimana alim ulama dulu-dulu. Dan kalau tak ditulis ilmu yang bermanfaat, tak mustahil ilmu-ilmu yang tidak sepatutnya akan berlambak di pasaran satu masa nanti. Nauzubillah. Takutnya.
Doakan ya kalian agar Ciksaw dapat ikat ilmu dengan menulis dan berkongsi dengan kalian di sini. Insya Allah.
Ikatlah ilmu dengan menulis.




Comments
Post a Comment